Tuesday, November 22, 2011

t a k d ! r - N Y a

bila allah nk bg sesuatu pd kite kjap jeh tepacul da depan mate...namun bile allah nk tarik blik ape yg kite ade..dan dan tuh jeh DIA amik...so bersyukur la dgn apa yg ada.....
mood : sedang melatih diri agar lebih bersyukur....sila beri tunjuk ajar...terima kasih...

Thursday, October 20, 2011

S o R r Y


Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.



Saturday, October 15, 2011

suami vs isteri

seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi,antara alasan yg diberikan

suami : lelaki boleh kahwin tiga barulah sah

isteri : kenapa pula?
...
suami : cuba terjemahkan ke dalam bahasa inggeris(B.I), 'satu' is one,'dua' is two.'tiga' (isteri) is three.baru betul dah sah!

isteri : tapi abang kene faham bahasa inggeris, terutama tentang singular dan plural

suami : berkenaan apa tu?

isteri : satu tu singular, dua atau lebih plural

suami : contohnya?

isteri : one car sebagai singular, two cars sebagai plural. apa bezanya?

suami : ohhh...tambah huruf 'S' di hujung untuk yang plural

isteri : betul tu,sama jugalah untuk abang

suami : macam mana pula boleh sama?

isteri : satu isteri abang MAMPU,jika dua isteri dah jadi plural,maka abang MAMPUS!,kan kena tambah 'S' je

selapas mendapat jawapan camtu dari isterinya,maka si suami terpaksa membatalkan hajatnya untuk berkahwin lagi

p/s: kalu u'ols la kan..rase2 mcm mn?nk teruskan niat atau ....???kihkihkih....

Tuesday, June 28, 2011

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak
"Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk dicedok kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima dn setimpal kah dgn balasan yg bakal diberi percuma dr Allah..yok fikir sama2 sy..

Tuesday, June 14, 2011

Zasssss....!! KembaLi Lagiii!

hahaha...hampir sethun lbey aQ x menghapdate bl0g ni.. igt kn da 'mampos' da.. ada lg upenye..huhu...

tp dlam sethun lbey ni mmg mcm2 da berlaku kt aQ...
antara tabah x tabah..kuat x kuat je aQ nk tempoh sume tuh!

ape pun may B aQ akn 'mengaktifkn' balik kot aktiviti blog aQ ni..
dan menghiborkn blik org2 yg sunyi dan menghilangkn rsa bosan mereka...
ye la...sbb aQ kn ptung simpanan untuk mainan..

hahaha....sekian...tggu next entry aQ....zasssssss!